Sesi latihan pemain Selangor di Pusat Latihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada 23 Oktober 2020. Foto Facebook FA SELANGOR
AGENDANASIONAL

RM34.9 juta untuk pembangunan generasi muda dan sukan

SHAH ALAM, 30 0KT: Kerajaan Negeri memperuntuk RM34.9 juta bagi memastikan agenda pembangunan generasi muda dan sukan terlaksana secara progresif.

Dato’ Menteri Besar berkata Dasar Belia Selangor juga ditambah baik sebagai panduan dan hala tuju bagi tempoh 10 tahun akan datang.

“Kerajaan juga memperuntuk RM2.83 juta untuk memartabat Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang merupakan agen penggerak ke arah pembangunan negeri,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini.

“Ini termasuk usaha menambahbaik Garis Panduan PeBT sebagai asas gerak kerja dan panduan dalam pembangunan generasi muda Selangor pada masa akan datang.”

Antara langkah lain yang akan diambil ialah:

– Mengekalkan kecemerlangan kontinjen Selangor pada Sukan Malaysia (Sukma) yang dijangka berlangsung pada Mac 2021

– Sebanyak RM27.9 juta diperuntuk bagi tujuan pembangunan sukan

– Meneruskan projek membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur sukan negeri dengan peruntukan RM2.24 juta

– Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) akan terus melaksanakan Program Pembangunan Sukan ke arah satu objektif iaitu Selangor Peneraju Kecemerlangan Sukan selain persiapan untuk menjadi tuan rumah Sukma 2022

– Penggabungan antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bersama PKNS FC diputuskan pada 9 Oktober 2019

– Penswastaan pasukan bola sepak profesional Selangor diluluskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

– Sebanyak RM20 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi tujuan pembangunan bola sepak Selangor

– RM10 juta lagi adalah sumbangan Pemerbadanan Menteri Besar dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor


Pengarang :