Petugas Kesihatan Selcare memasukkan sampel ujian individu pulang dari Sabah ke dalam beg saringan Covid-19 di Klinik Selcare, Shah Alam pada 4 Oktober 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Saringan bersasar kesan satu kes positif babit warga Shah Alam

SHAH ALAM, 10 OKT: Satu lagi kes positif Covid-19 dikesan dari saringan bersasar dilakukan Kerajaan Selangor menjadikan lima kes keseluruhannya.

Dato’ Menteri Besar berkata kes terbaharu hari ini membabitkan wanita berusia 37 tahun yang tinggal di Shah Alam.

“Setakat hari ini seramai 732 individu sudah menjalani ujian saringan. Program ini berakhir esok,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

Selepas ini, program percuma bermula 4 Oktober lalu akan tertumpu di mukim Klang melibatkan 36 kawasan perumahan yang kini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 23 Oktober.

Saringan boleh dilakukan di 16 klinik Selcare dengan mengemukakan bukti pemastautin tetap di Selangor seperti kad pengenalan, bil air dan elektrik, dokumen penerbangan dari Sabah serta membuat janji temu.

Lokasi klinik boleh disemak melalui https://selcareclinic.com/our-clinics:


Pengarang :