Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2021 di Dewan Negeri Selangor pada 30 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Selangor Advance terima tambahan RM30 juta, bantu PKS terjejas

SHAH ALAM, 30 OKT: Program Selangor Advance menerima dana tambahan RM30 juta untuk membantu pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas susulan penularan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata peruntukan awal RM100 juta mendapat sambutan menggalakkan apabila hampir RM75 juta digunakan bagi membiayai usahawan, pembekal dan kontraktor.

“Selangor Advance merupakan konsep pembiayaan rantaian bekalan membolehkan pembekal dan penyedia perkhidmatan yang berurus niaga dengan agensi kerajaan serta anak syarikat kerajaan mempunyai aliran tunai mampan.

“Kemampanan aliran tunai dan kelangsungan perniagaan untuk PKS akan memberi kesan pengganda kepada ekonomi serta sektor pekerjaan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini.


Pengarang :