AGENDANASIONAL

Selangor belanja RM76 juta wujud 15,000 peluang kerja

SHAH ALAM, 30 OKT: Sejumlah RM76 juta diperuntuk bagi mewujudkan 15,000 peluang pekerjaan sebagai usaha mengurangkan kadar pengangguran yang semakin meningkat.

Dato’ Menteri Besar berkata jumlah pengangguran di Malaysia meningkat secara mendadak dalam tempoh 30 tahun dengan 745,000 penganggur setakat Julai lalu.

Antara inisiatif bakal dilaksana ialah:

1) Selangor Kerjaya yang menyasarkan 10,000 peluang pekerjaan bersesuaian dengan Industri 4.0 melalui kaedah kemahiran baharu, meningkat tahap kemahiran (upskilling) dan latihan semula kemahiran (reskilling)

2) Inisiatif Selangor Automotif TVET mencadangkan padanan kerja antara 3,000 graduan teknologi automotif dan bengkel automotif sekitar Selangor

3) 1,000 orang Rakan Digital Selangor akan dilantik untuk membiasakan rakyat kepada aplikasi digital termasuk inisiatif Kerajaan Negeri yang akan memudahkan dan meningkatkan kualiti hidup

4) Inisiatif Selangor Freelancers bertujuan membina kesedaran dan insentif untuk rakyat menggunakan kemahiran bagi menjana pendapatan daripada kerja sambilan yang menyasarkan graduan, individu diberhentikan kerja dan suri rumah


Pengarang :