Petugas Selcare menyimpan sampel yang diambil dari orang ramai yang membuat saringan Covid-19 secara percuma di Klinik Selcare Puchong ketika tinjauan pada 6 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selangor catat 1,069 kes aktif Covid-19, Petaling tertinggi

SHAH ALAM, 27 OKT: Selangor merekodkan keseluruhan 4,271 kes Covid-19 setakat hari ini dengan 1,069 daripadanya kes aktif, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Data tersebut menunjukkan Petaling mencatat 374 kes aktif, Hulu Langat (219), Sepang (140), Klang (135), Gombak (90), Kuala Langat (82), Kuala Selangor (18), Hulu Selangor (10) dan Sabak Bernam (satu).

Sebanyak enam zon di Selangor dikategorikan merah melibatkan Petaling, Hulu Langat, Klang, Gombak, Sepang dan Kuala Langat manakala Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam berstatus zon kuning.

Selangor merekodkan 126 kes baharu hari ini dengan 59 daripadanya dikesan menerusi saringan kluster, 42 kes saringan kontak rapat, 24 kes saringan lapangan dan satu kes import.

Pada 20 Oktober Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 26 kluster dikesan dalam tempoh tiga minggu di negeri ini.


Pengarang :