Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan statistik jangkitan pada sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Putrajaya pada 3 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor catat 116 kes baharu Covid-19, dua kes import

SHAH ALAM, 21 OKT: Sebanyak 116 kes baharu dilaporkan di Selangor hari ini dengan dua merupakan kes import, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 49 kes dikesan dari kluster sedia ada manakala 34 kes direkodkan dari kontak rapat kes positif.

“11 kes membabitkan kluster baharu dikenal pasti, 15 dari saringan tempat kerja manakala lima lagi dari lain-lain saringan.

“Kes import membabitkan jangkitan dari Nepal dan Emiriah Arab Bersatu,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya, sebanyak 732 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 22,957 kes.

“Dari jumlah itu 7,827 merupakan kes aktif, 102 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 31 memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat pertambahan enam kematian menjadikan keseluruhan 199 kes,” katanya.


Pengarang :