Petugas Selcare menyimpan sampel yang diambil dari orang ramai yang membuat saringan Covid-19 secara percuma di Klinik Selcare Puchong ketika tinjauan pada 6 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Selangor catat 20 lagi kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 7 OKT: Sebanyak 20 kes positif Covid-19 direkodkan di Selangor hari ini menjadikan jumlah terkumpul ialah 2,471 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berkata kes baharu membabitkan 19 penularan tempatan dan satu kes import bukan warganegara yang mendapat jangkitan dari Maldives.

“Kes tertinggi dicatatkan di Petaling sebanyak enam kes melibatkan mukim Bukit Raja (2), mukim Petaling (2), mukim Damansara (1) dan mukim Sungai Buloh (1).

“Sementara Sepang dan Hulu Langat masing-masing merekodkan empat kes baharu. Gombak dan Klang masing-masing dua kes dan satu kes dari Kuala Langat,” maklum jabatan itu di Facebook.

Malaysia mencatatkan 489 kes baharu Covid-19 hari ini, majoriti penularan dalam negara. Tiada kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang maut kekal 141 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini melaporkan kes baharu positif Covid-19 dalam negara ialah 489 sementara jumlah pulih sebanyak 74 dan tiada kematian dilaporkan hari ini.


Pengarang :