(Gambar hiasan) Kerajaan Selangor menyediakan insentif bagi meringankan beban kewangan pesakit tibi. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selangor catat 31 kes baharu Covid-19, naik dua kali ganda

SHAH ALAM, 2 OKT: Kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini naik dua kali ganda dengan 31 kes berbanding 13 semalam, kata jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Agensi itu berkata 13 daripada kes baharu itu membabitkan saringan individu pulang dari Sabah dengan kes tertinggi di daerah Hulu Selangor dengan dua kes saringan pulang dari negeri sama dan lapan saringan kontak rapat di mukim Serendah.

“Ia diikuti tujuh kes dari Gombak iaitu empat saringan pulang dari Sabah di mukim Batu, satu kes saringan kontak rapat di mukim Kuang dan dua di mukim Batu.

“Manakala enam kes di Klang iaitu tiga saringan pulang dari negeri sama, satu saringan di mukim Klang dan dua kes kontak rapat di mukim Klang,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Hulu Langat pula mencatatkan tiga kes dengan dua saringan dari Sabah di mukim Kajang dan Cheras dan satu kes saringan sebelum pulang negara asal di mukim Beranang.

Jabatan kesihatan itu turut memaklumkan Petaling merekodkan tiga kes baharu dengan dua saringan dari Sabah di mukim Damansara dan Petaling serta satu saringan kontak rapat di mukim Damansara.

“Sepang pula dua kes baharu di mukim Dengkil,” katanya.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 287 berbanding 277 kes pada 4 Jun lalu.


Pengarang :