Anggota Bomba dan Penyelamat zon Petaling melakukan melakukan sanitasi di Pangsapuri Damansara Bistari bagi mengekang daripada penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat jumlah kes semasa ketika tinjauan pada 14 Oktober 2020. Foto: BERNAMA
AGENSISELANGOR

Selangor catat 68 kes, satu kluster baharu dikesan

SHAH ALAM, 14 OKT: Selangor merekodkan 68 kes baharu Covid-19 hari ini dengan empat daripadanya membabitkan kluster baharu dinamakan Kluster Kencana.

Ketua pengarah kesihatan berkata pertambahan ini menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di Selangor menjadi 2,814 kes.

“Sebanyak 38 kes dicatatkan daripada kluster-kluster sedia ada, 18 kes saringan kontak rapat kes positif termasuk tiga kes dengan sejarah pulang dari kawasan berisiko tinggi iaitu Sabah,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media secara maya hari ini.

Beliau menjelaskan terdapat satu kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (Sari) yang mempunyai sejarah perjalanan pulang dari Sabah manakala tujuh kes positif lagi hasil saringan lain.

Secara keseluruan sebanyak 660 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan di Malaysia dengan jumlah kumulatif 17,540 dan pertambahan empat kes kematian.

 


Pengarang :