AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Selangor catat 76 kes denggi semalam

SHAH ALAM, 22 OKT: Selangor merekodkan 76 kes denggi semalam menjadikan tertinggi di negara ini, menurut data Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC).

Berdasarkan statistik CPRC yang dikongsi laman sesawang, http://idengue.remotesensing.gov.my, Hulu Langat mencatatkan 13 lokasi panas wabak diikuti Petaling dengan lima lokasi.

Statistik tersebut turut menunjukkan Johor merupakan negeri kedua tertinggi merekodkan kes denggi dengan 39 kes, Kuala Lumpur (20), Pahang (14), Melaka (13), Sabah (lapan) dan Perak (enam).

Sarawak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan tiga kes manakala satu di Terengganu dan Putrajaya.

Secara keseluruhan Selangor merekodkan 40,058 kes antara 29 Disember tahun lalu hingga semalam manakala kes terkumpul seluruh negara dalam tempoh sama adalah 80,056.


Pengarang :