Segelintir pelajar hadir pada hari pendaftaran kemasukan pelajar ketika tinjauan di Kolej Kediaman Za’ba dan Tunku Kurshiah Universiti Malaya (UM) pada 3 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor lancar Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan

SHAH ALAM, 4 OKT: Kerajaan Negeri melancarkan Program Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan khusus membantu penuntut terkesan di institusi pengajian tinggi (IPT) susulan peningkatan kes Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata program tersebut memfokus tiga kategori iaitu mahasiswa di Selangor yang belajar di Selangor, mahasiswa dari negeri lain yang belajar di Selangor dan mahasiswa Selangor yang belajar di negeri lain.

“Kerajaan Negeri melalui Kaukus ADUN Muda Selangor akan menyalurkan bantuan awal dengan kerjasama Team Selangor, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mahasiswa KEADILAN dan Biro Mahasiswa AMK Malaysia.

“Pihak berkaitan sedang mengumpul maklumat untuk menyediakan tiga bentuk kemudahan iaitu pengangkutan kepada mahasiswa yang perlu pulang ke kampung, bantuan makanan serta pelitup muka dan cecair pencuci tangan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan hari ini.

[PENGUMUMAN KHAS]PROGRAM BANTUAN PRIHATIN MAHASISWA SELANGOR Situasi terkini COVID19 telah menyebabkan…

Posted by Amirudin Shari on Sunday, 4 October 2020

Beliau berkata keadaan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19 menekan situasi kewangan mahasiswa dan berharap inisiatif Kerajaan Negeri dapat meringankan beban golongan tersebut.

Mahasiswa yang memerlukan bantuan boleh merujuk kepada pautan:

– Borang Edaran TS Care Kit (IPTS): http://bit.ly/mdekatA
– Borang Bantuan Makanan Siswa Kampus Selangor (IPTA Sahaja): http://bit.ly/mdekatB
– Borang Bantuan Pengangkutan Anak Negeri Selangor: http://bit.ly/mdekatC


Pengarang :