EXCO Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berucap sempena Majlis Penyampaian Hadiah Kempen MyDebit bersama Smart Selangor di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 2 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Semua PBT Selangor akan laksana permohonan permit niaga dalam talian

SHAH ALAM, 3 OKT: Semua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bakal melaksanakan permohonan dan pembaharuan permit perniagaan secara dalam talian atau e-Lesen secara berperingkat.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata langkah tersebut seiring sasaran Kerajaan Negeri ke arah masyarakat tanpa tunai serta bergelar negeri pintar menjelang 2025.

“Ada PBT telah laksanakan kaedah ini antaranya Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan saya difahamkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bakal lancarkan aplikasi seumpamanya pada minggu depan pula.

“Kita harap usaha ini akan memudahkan urusan orang ramai tanpa perlu hadir ke pejabat PBT dan bersemuka terutama ketika negara dilanda Covid-19,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Kempen MyDebit Bersama Smart Selangor di Smart Selangor Anjung Digital Universiti Kebangsaan Malaysia semalam.

Beliau berkata ekosistem digital hanya boleh direalisasikan sekiranya rakyat mengamalkan budaya teknologi maklumat itu dan mengambil bahagian dalam urus niaga tersebut ke arah masyarakat tanpa tunai.


Pengarang :