Yong Kai Ping diwawancara oleh Media Selangor berhubung pembangunan ekonomi digital di Ibu Pejabat Sitec, Shah Alam pada 6 Oktober 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sitec lahir 625 peniaga e-dagang, latih 9,000 usahawan kecil

SHAH ALAM, 16 OKT: Majlis Teknologi Informasi dan E-Dagang Selangor (Sitec) berjaya melahirkan seramai 625 peniaga e-dagang dalam tempoh lima tahun.

Ketua eksekutifnya berkata institut tersebut turut melatih lebih 9,000 usahawan kecil dan sederhana (PKS) serta individu untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian.

“Sitec menyediakan peluang latihan perniagaan kepada pelbagai pihak melalui kelas e-dagang, `master class’, `online 100′ dan ‘brands 100’ untuk mengubah bentuk perniagaan tradisional.

“Ekosistem pendigitalan atau dunia e-dagang akan terus diberi tumpuan seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadi pintu gerbang perdagangan di Asia Tenggara,” kata Yong Kai Ping pada Konvensyen Bandaraya Pintar dan Ekonomi Digital Selangor2020 secara maya semalam.

Beliau berkata pihaknya turut menganjur program Jelajah Usahawan Digital Selangor 2020 di beberapa daerah bagi membantu usahawan memulakan perniagaan e-dagang.

Pada 20 September, Dato’ Menteri Besar mahu keupayaan mengadaptasi arus digital dalam perniagaan bermula dari sekarang, bukan menunggu lima hingga 10 tahun lagi.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkembangan pantas teknologi menuntut usahawan untuk lebih proaktif dengan mengubah strategi pemasaran supaya mampu bertahan dalam perniagaan.


Pengarang :