Orang ramai mematuhi arahan mengenakan pelitup muka selepas kerajaan mewajibkan penggunaannya di tempat awam bagi mengawal penularan Covid-19 ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

STFC: Sikap tanggungjawab masyarakat kunci cegah Covid-19

SHAH ALAM, 4 OKT: Situasi terkini kes Covid-19 di negeri ini memerlukan sikap bertanggungjawab masyarakat untuk menyekat penularan wabak, tegas Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Agensi berkata aspek pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) merupakan perkara kritikal dan menjadi kunci penting menyekat jangkitan wabak lebih meluas.

“Tolong amalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka serta pembersihan tangan secara kerap. Hari ini sebanyak 32 kes baharu dilaporkan di Selangor menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,347.

“Semua kes diklasifikasikan sebagai jangkitan tempatan. Malaysia pula mencatatkan 317 kes baru yang kesemuanya jangkitan tempatan dan merupakan rekod tertinggi dalam sejarah Malaysia,” katanya menerusi Facebook semalam.

Kes baharu pandemik di Selangor meningkat kepada 32 semalam berbanding 31 kes kelmarin. Sebanyak 15 kes melibatkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah, kluster Meru (12 kes), saringan kontak rapat (dua kes) dan kluster Jerlok (tiga kes).


Pengarang :