Orang ramai perlu patuh tatacara operasi piawai dengan menggunakan pelitup muka dan penjarakan fizikal di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

STFC: Tiada daerah zon merah, infografik disalah tafsir

SHAH ALAM, 1 OKT: Tiada zon merah di Selangor akibat penularan Covid-19 setakat semalam, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Menafikan laporan ’16 daerah zon merah di Selangor’ hari ini, pasukan itu menjelaskan kesilapan berlaku dalam mentafsir infografik Taburan Kes Covid-19 bertarikh 30 September 2020.

“STFC berharap agar Utusan Online dapat memperbetulkan keadaan ini agar tidak menimbulkan keadaan panik pada ketika ini dalam kalangan orang awam,” kata kenyataan mereka di Facebook petang ini.

Mengikut pasukan itu, status zon untuk sesebuah mukim ditentukan berdasarkan bilangan kes aktif selaras definisi Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Status zon (sama ada hijau, kuning atau merah) tidak ditakrif berdasarkan jumlah kumulatif kes di sesebuah kawasan (mukim) tersebut,” kata STFC lagi.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terbaru statistik Covid-19 di negeri ini melalui saluran media sosial rasmi pasukan berkenaan.

Sehingga 30 September, tujuh daerah iaitu Klang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Petaling, Gombak, Kuala Langat dan Sepang mencatatkan zon kuning.

Kuala Selangor dan Sabak Bernam pula merekodkan zon hijau berikutan tiada kes aktif Covid-19.


Pengarang :