Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin bergambar bersama petugas kesihatan ketika membuat saringan Covid-19 di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 7 Oktober 2020. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor, kakitangan istana jalani saringan Covid-19

SHAH ALAM 16 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor bersama lebih 100 kakitangan di Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika menjalani saringan Covid-19 pada 7 Oktober.

Menurut Facebook Selangor Royal Office, saringan dibuat berikutan kebimbangan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj terhadap peningkatan kes baharu di Shah Alam dan Klang.

“Baginda dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut menjalani ujian saringan sebagai langkah
berjaga-jaga meskipun tidak bergejala dan tidak mempunyai kontak dengan individu berisiko.

“Orang Besar istana juga hadir melakukan saringan yang dikendali petugas Pejabat Kesihatan Daerah Petaling diketuai Dr Abdullah Shafie Muhamad di Istana Bukit Kayangan,” kata pejabat istana.

Kenyataan itu turut memaklumkan keputusan ujian yang diperoleh keesokan hari menunjukkan semua sampel adalah negatif.

Setakat semalam, Selangor mencatatkan 150 kes baharu Covid-19, kedua tertinggi selepas Sabah.


Pengarang :