Exco Alam Sekitar Hee Loy Sian (depan, kanan) melawat kawasan pam yang menyedut air mentah di Tasik Idaman untuk meneutralkan air di Sungai Semenyih, Dengkil pada 5 Oktober 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Tangkap suspek pencemar sungai, MB hargai tindakan polis

SHAH ALAM, 14 OKT: Dato’ Menteri Besar menghargai tindakan polis yang berjaya menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Semenyih.

“Terima kasih polis atas tindakan tegas dalam siasatan kes pencemaran sungai yang telah menjejaskan bekalan air di Selangor,” tulis Dato’ Seri Amirudin Shari di Twitter hari ini.

Dilaporkan seramai tiga orang suspek berjaya ditahan setakat ini dalam insiden yang turut menjejaskan Sungai Batang Benar di Nilai.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian pada 5 Oktober memaklumkan aktiviti pembersihan ladang angsa disyaki punca pencemaran yang menyebabkan operasi dua loji rawatan air dihenti tugas.

Kejadian itu menyebabkan sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.


Pengarang :