Pegawai Komunikasi Korporat KSSB Mohd Mirza Kamarudin (dua kiri) menyerahkan sumbangan kepada Md Arifin Jaafar (dua kanan) di Ibu Pejabat Yide, Seksyen 16 Shah Alam pada 15 Oktober 2020. Foto ihsan Yide
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Yide terima sumbangan RM30,000 biaya kompleks rumah anak yatim

SHAH ALAM, 16 OKT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menerima sumbangan RM30,000 daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bagi membiayai pembinaan Kompleks Rumah Anak Yatim Pulau Indah, Klang.

Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti Yide Md Arifin Jaafar berkata keprihatinan KSSB membantu yayasan itu menggerakkan kerja kebajikan di negeri ini.

“Sehingga kini, Yide berjaya mengutip sebanyak RM6.58 juta dan masih memerlukan RM3.47 juta lagi.

“Yide menyeru kepada orang ramai, syarikat korporat dan agensi berkaitan kerajaan untuk terus memuliakan anak yatim,” katanya dalam kenyataan semalam.

Md Arifin berkata sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam (1223 40100 07330) atau secara dalam talian di Billplz: https://yide.com.my/donations/infaq-dana-anak-yatim/.

Selain itu, ia juga boleh dibuat melalui Jom Pay (Biller Code: 81059) atau aplikasi e-dompet Touch n Go dan Snap and Pay .

Sehingga September, seramai 7,500 anak yatim dan 17 rumah anak yatim di sekitar Selangor berdaftar secara rasmi di bawah yayasan itu.


Pengarang :