Orang ramai memasuki masjid di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 3 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Zon hijau: Jais benar solat jemaah di masjid, nikah di pejabat agama

SHAH ALAM, 19 OKT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membenarkan solat Jumaat dan solat lima waktu berjemaah di masjid atau surau di Sabak Bernam berikutan daerah itu dikategori zon hijau.

Namun, pengarahnya Mohd Shahzihan Ahmad berkata bilangan jemaah dihadkan kepada 23 pegawai dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan 16 pegawai dan AJK surau Jumaat.

Beliau berkata penduduk zon merah dan zon kuning tidak dibenarkan melaksanakan kedua-dua solat itu di masjid atau surau ketika ini.

Larangan itu meliputi Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Kuala Selangor, Sepang dan Hulu Selangor.

“Namun, hanya enam individu sahaja dari kalangan pegawai dan AJK dibenarkan untuk melaksanakannya,” kata Mohd Shahzihan.

Beliau juga menjelaskan akad nikah dibenarkan di zon hijau di Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Sabak Bernam selepas mendapat kelulusan khas ketua pendaftar nikah cerai dan rujuk orang Islam negeri Selangor.

Bagaimanapun, katanya, akad melibatkan pengantin di zon merah dan kuning ditangguh sehingga dimaklumkan kelak.


Pengarang :