Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjawab soalan dikemukakan pihak media semasa sesi taklimat khas bersama media mengenai perkembangan semasa Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 21 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

603 kes baharu Covid-19 di Selangor, tertinggi dua hari berturut

SHAH ALAM, 22 NOV: Selangor kali kedua berturut-turut menjadi negeri paling tinggi merekodkan kes baharu Covid-19 dengan 603 kes, berbanding 402 semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah itu hampir sekali ganda daripada kes di Sabah apabila menjadi negeri kedua tertinggi dengan 311 kes dan Perak sebanyak 55 kes.

Beliau berkata kes Covid-19 yang tinggi di Selangor berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster berkaitan tempat kerja iaitu Kluster Teratai dengan pertambahan 502 kes (83.3 peratus).

“Sementara Pahang, Terengganu, Sarawak tiada kes. Tiga lagi kematian dicatatkan hari ini,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media.

Beliau berkata seramai 282 pesakit Covid-19 sembuh di Selangor iaitu negeri kedua tertinggi pesakit sembuh selepas Sabah iaitu 398 pesakit sembuh.

Hari ini, Malaysia merekodkan 1,096 kes baharu, bagaimanapun kes pesakit sembuh lebih tinggi iaitu 1,104.


Pengarang :