Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 3 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

725 kes pulih Covid-19, enam kematian

SHAH ALAM, 10 NOV: Sebanyak 725 kes pulih Covid-19 direkodkan hari ini berbanding 1,345 semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh ialah 30,304.

Ketua pengarah kesihatan berkata terdapat 869 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 42,050 dengan 11,446 kes aktif kebolehjangkitan.

“Sabah mencatat 397 kes daripada keseluruhan kes positif, manakala negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 258 kes.

“Terdapat enam kematian melibatkan lima warganegara dan seorang warga asing yang kesemuanya di Sabah,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan. Beliau menambah terdapat 82 kes positif yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, katanya, terdapat empat kluster diisytihar tamat hari ini, manakala empat lagi kluster dilaporkan melibatkan tiga di Sabah dan satu di Kelantan.


Pengarang :