ADN Kota Anggerik, Najwan Halimi mengagihkan sumbangan makanan secara pandu lalu kepada 150 pemandu teksi di Shah Alam pada 28 November 2020. Foto Facebook Najwan Halimi.
ADNSELANGOR

ADN Kota Anggerik serah bantuan makanan kepada pemandu teksi

SHAH ALAM, 28 NOV: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik menyantuni 150 pemandu teksi yang terjejas susulan pandemik Covid-19.

Najwan Halimi berkata mereka diberi bantuan makanan asas yang berlangsung di dataran Stadium Malawati di sini pagi tadi.

“Pemandu teksi antara golongan yang sangat terjejas terutama ketika penularan Covid-19. Justeru, saya mengambil langkah untuk bantu meringankan beban mereka menerusi bantuan makanan ini.

“Terima kasih juga kepada Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Bandaraya Shah Alam yang membantu pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik menyempurnakan program tadi,” katanya di Facebook.

Menurutnya, agihan sumbangan juga dibuat menerusi pandu lalu dan mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.

 


Pengarang :