Azmizam Zaman Huri turun padang bersama Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Klang dan Skuad Pantas Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengesan aliran air menembusi benteng namun tidak membimbangkan. Foto: Facebook Pusat Khidmat Rakyat DUN N46 Pelabuhan Klang
ADNSELANGOR

Air pasang besar di Pelabuhan Klang terkawal

SHAH ALAM, 15 NOV: Fenomena air laut pasang besar yang melanda di pesisir pantai Taman Teluk Gedung Indah Pelabuhan Klang awal pagi tadi terkawal.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang berkata pemantauan bersama Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Klang dan Skuad Pantas Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengesan aliran air menembusi benteng namun tidak membimbangkan.

“Sekitar 5.30 pagi saya melakukan pemantau bersama agensi terlibat. Paras air laut tidak melepasi benteng yang sebelum ini sudah ditinggikan JPS.

“Kita juga kesan beberapa lubang kecil kemasukan air laut ke darat untuk segera dibaiki,” kata Azmizam Zaman Huri.

Beliau berkata pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa bagi mengelak banjir kilat berlaku akibat fenomena air pasang besar di Taman Teluk Gedung Indah.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBNS) mengarahkan persediaan menghadapi bencana tahap tinggi dilaksanakan di lima daerah meliputi Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam antara 15 hingga 16 November.

Fenomena air laut pasang besar di persisiran pantai Selangor dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.8 meter dijangka berlaku berlaku antara jam 5 pagi hingga 6 petang.


Pengarang :