AGENDAEKONOMINASIONAL

Bursa Malaysia niaga susut, ambilan untung

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, tetapi susut dalam beberapa minit dagangan, didorong oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi berikutan peningkatan baru-baru ini, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 10.69 mata kepada 1,599.46 selepas dibuka tinggi 0.93 mata kepada 1,611.08.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 341 berbanding 243, manakala 381 kaunter tidak berubah, 1,179 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.56 bilion bernilai RM498.19 juta.

Rakuten Trade Sdn Bhd menjangka pergerakan dalam arah bertentangan daripada trend sebelumnya dalam pasaran serantau hari ini, menjejaki penurunan semalaman Wall Street berikutan peniaga memutuskan untuk menyimpan keuntungan susulan perjalanan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat yang baik dan berita mengenai vaksin yang positif.

“Di peringkat tempatan, kami menjangka kaunter sarung tangan getah mengalami tekanan jualan yang berterusan. Justeru, indeks petunjuk pasaran dijangka menghadapi persekitaran yang sukar hari ini.

“Kami yakin FBM KLCI, yang telah meningkat lebih 10 peratus sejak awal bulan ini, dijangka sukar untuk mengekalkan pada paras semasa dengan 1,600 sebagai paras sokongan segera,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 14 sen kepada RM8.1622, Public Bank merosot 8.0 sen kepada RM18.82, TNB berkurangan 12 sen kepada RM11.30, Petronas Chemicals turun 2.0 sen kepada RM6.63, manakala Top Glove susut 15 sen kepada RM6.85.

Daripada saham cergas, Pegasus naik setengah sen kepada 3.5 sen, Kanger International meningkat 1.5 sen kepada 18.5 sen, Eduspec tidak berubah pada 3.0 sen manakala AT Systematization susut 2.5 sen kepada 22 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 70.17 mata kepada 11,485.17, Indeks FBM Emas Shariah susut 57.57 mata kepada 13,156.39, Indeks FBMT 100 berkurangan 72.93 mata kepada 11,273.89, FBM 70 turun 85.57 mata kepada 14,718.24 dan FBM ACE merosot 58.86 mata kepada 11,260.39.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.26 mata kepada 157.48, Indeks Perladangan menokok 5.73 mata kepada 7,317.33 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 166.90 mata kepada 14,288.79.

-BERNAMA


Pengarang :