Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah membetulkan pelitup muka semasa sidang media situasi terkini Covid-19 di Kementerian Kesihatan Putrajaya pada 11 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 822 kes baharu hari ini, 769 pulih

SHAH ALAM, 11 NOV: Sebanyak 822 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 42,872.

Ketua pengarah kesihatan berkata kes pulih pula melibatkan 769 sekali gus meningkatkan angka kumulatif sembuh 31,073 atau 72.5 daripada jumlah keseluruhan kes.

“Daripada jumlah kes baharu, Sabah mencatatkan jumlah tertinggi dengan 258 kes diikuti negeri seperti Negeri Sembilan (225), Selangor (176), Labuan (46), Pulau Pinang (26) serta Kuala Lumpur dan Kedah (masing-masing 17).

“Selain itu terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara membabitkan satu warganegara dan enam warga asing,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata terdapat dua kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 302 kes manakala 86 kes positif dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, katanya, tiga kluster baharu dikesan di Sabah hari ini iaitu Kluster Karamunting, Kluster Saga dan Kluster Haven.


Pengarang :