Jururawat memakai sut perlindungan diri memeriksa pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur pada 21 April 2020. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 900 sembuh, lebih tinggi daripada kes baharu

SHAH ALAM, 2 NOV: Sebanyak 900 kes Covid-19 disahkan sembuh hari ini, lebih tinggi daripada 834 bilangan kes baharu.

Ketua pengarah kesihatan berkata pertambahan itu menjadikan keseluruhan kes pulih dan dibenarkan keluar hospital ialah 23,120 kes iaitu 69.3 peratus.

“Tiga dari kes baharu merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari Amerika Syarikat, India dan Indonesia.

“Sabah mencatatkan jangkitan dalam negara tertinggi iaitu 503 kes, diikuti Selangor (129) dan Wilayah Persekutuan Labuan (105). Keseluruhan sebanyak 33,339 kes dengan 9,968 kes aktif,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah pada sidang media hari ini.

Beliau berkata ketika ini 91 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat dua kematian baharu membabitkan warganegara berusia 88 dan 75 tahun di Sabah. Ini menjadikan keseluruhan 251 kes iaitu 0.8 peratus,” katanya.

 


Pengarang :