Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 3 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jumlah sembuh dua kali ganda kes baharu di Selangor

SHAH ALAM, 6 NOV: Selangor merekod 322 kes sembuh Covid-19 hari ini, hampir dua kali ganda jumlah kes baharu dilaporkan di negeri itu iaitu 164.

Ketua pengarah kesihatan berkata bilangan itu daripada keseluruhan 726 kes sembuh di seluruh negara yang menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya 26,380 atau 69.1 peratus.

“Dalam catatan kes tersebut Selangor mengatasi negeri lain seperti Sabah dengan 221 kes, Negeri Sembilan (95), Kedah (32), Sarawak (28) dan Johor (11),” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan sebanyak 1,755 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini di seluruh negara membabitkan 1,752 kes penularan tempatan dan tiga import.

Katanya, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes 38,189 dan kes aktif dengan kebolehjangkitan 11,530.

“736 pesakit pula sembuh dan discaj manakala dua kematian baharu berlaku meningkatkan jumlahnya kepada 279 kes,” katanya.

Jumlah kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi berbanding 1,228 pada 24 Oktober.


Pengarang :