Pasukan petugas kesihatan menjalankan saringan Covid-19 kepada penduduk Hulu Langat pada 12 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Kes harian Hulu Langat atasi Klang

SHAH ALAM, 16 NOV: Hulu Langat mencatatkan 71 kes Covid-19 hari ini, sekali gus mengatasi Klang, lapor Bilik Gerakan Negeri Selangor.

Menurut agensi itu, sebanyak 67 kes dikesan di mukim Kajang diikuti dua di Cheras dan masing-masing satu di Ampang serta Beranang.

Agensi itu dalam laporannya memaklumkan Klang merekodkan 38 kes baharu iaitu 25 di mukim Klang, manakala 13 lagi di mukim Kapar.

“Sepang merekodkan 13 kes iaitu lapan di Labu, mukim Sepang (tiga) dan Dengkil (dua). Petaling pula mencatatkan 12 kes baharu melibatkan empat di Sungai Buloh dan Damansara.

“Sementara Bukit Raja dan mukim Petaling masing-masing dua kes,” maklum agensi itu.

Bilik gerakan itu berkata Kuala Langat pula merekodkan sembilan kes dengan empat daripadanya dikesan di Telok Panglima Garang dan lima di Tanjung Dua Belas.

Menurutnya, Gombak pula mencatatkan lima kes dengan dua di Batu dan Kluang serta satu di Hulu Kelang. Hulu Selangor pula masing-masing satu kes di Ampang Pecah dan Batang Kali.

“Sebanyak 171 pesakit dibenarkan keluar hospital hari ini dan tiada kematian direkodkan. Klang mencatat kes discaj tertinggi sebanyak 64 kes,” kata agensi itu lagi.


Pengarang :