Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 25 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kes kembali empat angka, catat dua kematian

SHAH ALAM, 27 NOV: Kes positif Covid-19 kembali meningkat empat angka selepas 1,109 kes dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan 61,861 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah itu melibatkan 1,099 jangkitan tempatan serta 10 kes import.

“Kes aktif sebanyak 11,307. Sehingga kini 113 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 41 memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat pertambahan dua kematian di Sabah menjadikan keseluruhan 350 kes iaitu 0.57 peratus dari jumlah keseluruhan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Beliau memaklumkan kes sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini melebihi kes baharu iaitu sebanyak 1,148 kes.

“Ini menjadikan keseluruhan kes pulih 50,204 iaitu 81.2 peratus,” katanya.

 


Pengarang :