Reaksi sebahagian pekerja warga asing yang berada di luar rumah susulan pelaksanaan PKPD asrama pekerja Top Glove pada 21 November 2020 di Jalan Abadi 1A Meru Klang. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Covid-19: Kes positif di Klang terus naik, cecah 528 hari ini

SHAH ALAM, 22 NOV: Kes positif Covid-19 di Klang terus naik kepada 528 hari ini berbanding 326 semalam, kata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 506 kes dikesan dari mukim Kapar dengan majoriti kes daripada saringan Kluster Teratai iaitu 480 kes, dan mukim Klang dengan 22 kes.

“Hulu Langat mencatatkan 36 kes, diikuti Gombak (12), Petaling (15), Kuala Langat (6), Sepang (5), Kuala Selangor (1),” kata jabatan itu menerusi Facebook.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor kali kedua berturut-turut menjadi negeri paling tinggi merekodkan kes baharu Covid-19 dengan 603 kes, berbanding 402 semalam.

Jumlah itu hampir sekali ganda daripada kes di Sabah apabila menjadi negeri kedua tertinggi dengan 311 kes dan Perak sebanyak 55 kes.

 


Pengarang :