Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Putrajaya pada 20 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: KKM kesan dua kluster baharu di Lembah Klang

SHAH ALAM, 19 NOV: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua kluster baharu di Lembah Klang iaitu Kluster Kapas BJ dan Kluster Prestij.

Ketua pengarah kesihatan berkata Kluster Kapas BJ melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor manakala Kluster Prestij di Lembah Pantai dan Titiwangsa, Kuala Lumpur.

“Kluster Kapas BJ dikesan pada 18 November hasil saringan seorang pekerja kilang. Susulan itu seramai 210 individu menjalani saringan dan 76 didapati positif setakat hari ini.

“KKM juga mengesan Kluster Prestij melibatkan pekerja syarikat pembersihan. Seramai 37 individu disaring setakat ini dan 20 dikesan positif,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan hari ini.

Selangor mencatat kes harian Covid-19 tertinggi hari ini dengan 407 kes. Peningkatan kes berpunca Kluster Teratai (245 kes) dan Kluster Kapas BJ (55 kes).

Sebanyak 1,290 kes Covid-19 dilaporkan dengan 1,067 jangkitan di Sabah dan Selangor.


Pengarang :