Kelihatan penduduk di sekitar Pekan Meru, Klang mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka bagi mengelak penularan Covid-19 ketika tinjauan pada 8 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Covid-19: Klang rekod 100 kes baharu, kekal tertinggi

SHAH ALAM, 15 NOV: Klang terus mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi iaitu 100 kes, meningkat tiga kes berbanding semalam.

Menurut laporan Bilik Gerakan Negeri Selangor, sebanyak 55 kes dikesan di mukim Klang sementara 45 lagi di Kapar.

Agensi itu memaklumkan Hulu Langat merekodkan 48 kes, dengan 41 daripadanya di Kajang, Semenyih (lima), Beranang (satu) dan mukim Hulu Langat (satu).

“Petaling pula mencatatkan 19 kes iaitu Damansara (15), mukim Petaling (dua), Bukit Raja dan Sungai Buloh masing-masing satu.

“Sementara 10 kes di Kuala Langat melibatkan Telok Panglima Garang (tujuh) dan tiga di Tanjung Dua Belas. Sepang yang merekodkan empat kes meliputi Dengkil (dua), satu di Labu serta mukim Sepang,” maklum agensi itu.

Bilik gerakan itu berkata Hulu Selangor melaporkan tiga kes, dengan dua di Serendah dan satu Hulu Yam. Hanya satu kes di Gombak melibatkan kawasan Batu.

Berikut maklumat kes mingguan antara 9 hingga 15 November:

  • Jumlah kes positif: 1,475 (1,467 tempatan, lapan import)
  • Jumlah kes tertinggi: 364 (13 November)
  • Jumlah kes tempatan sembuh: 1,160
  • Jumlah kes import sembuh: Lapan
  • Jumlah kes kematian: Tiada

Pengarang :