Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 25 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Covid-19: Pesakit sembuh melonjak kepada 2,555, kes baharu 935

SHAH ALAM, 26 NOV: Kes baharu Covid-19 di seluruh negara kekal tiga angka apabila 935 kes direkodkan hari ini berbanding 970 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 60,752 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 2,555 pesakit sembuh berbanding 2,348 semalam merupakan angka tertinggi menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih wabak itu 49,056.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 11,348 kes.

“Seramai tiga kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 348,” katanya pada kenyataan media perkembangan harian Covid-19.

Beliau berkata terdapat 110 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 45 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :