Petugas Selcare menyimpan sampel yang diambil dari orang ramai yang membuat saringan Covid-19 secara percuma di Klinik Selcare Puchong ketika tinjauan pada 6 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Covid-19: Selangor catat 174 kes baharu, 225 pesakit sembuh

SHAH ALAM, 13 NOV: Selangor mencatatkan 174 kes baharu Covid-19 semalam, turun empat kes berbanding kelmarin.

Ketua pengarah kesihatan berkata sebanyak 122 kes direkodkan daripada kluster sedia ada, manakala 37 kes daripada saringan kontak rapat.

“Sebanyak 15 kes lagi daripada lain-lain saringan Covid-19,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media semalam.

Beliau berkata seramai 225 pesakit negeri ini berjaya sembuh, kedua tertinggi selepas Sabah yang mencatatkan 543 kes pulih.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor memaklumkan kesemua kes yang dikesan semalam melibatkan jangkitan tempatan.

Keseluruhannya, Selangor merekodkan 6,875 kes sejak penularan virus itu.

Semalam, sebanyak 919 kes Covid-19 dicatatkan di seluruh negara dengan 916 daripadanya penularan tempatan.


Pengarang :