Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 23 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Selangor catat 176 kes baharu babit satu kes import

SHAH ALAM, 27 NOV: Kes positif Covid-19 di Selangor terus meningkat kepada 13,029 selepas 176 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah harian itu merupakan kedua tertinggi dalam negara, melibatkan 15.8 peratus dari jumlah keseluruhan.

“Bilangan itu juga membabitkan satu kes import. 99 kes dicatatkan dari kluster sedia ada termasuk 31 kes Kluster Teratai.

“Sebanyak 47 kes dikesan dari saringan kontak rapat serta 28 kes dari lain-lain saringan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.


Pengarang :