Kerja sanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor di UTC Shah Alam pada 27 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Selangor catat 231 kes baharu, tertinggi setakat hari ini

SHAH ALAM, 4 NOV: Selangor mencatatkan 231 kes baharu Covid-19 hari ini menjadi jumlah harian tertinggi, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua jangkitan dalam negara dengan 155 kes dari kluster sedia ada termasuk dua dari kluster baharu.

“Sebanyak 40 kes dikesan hasil saringan kontak rapat dan 34 kes dari lain-lain saringan.

“Dua kes lagi masing-masing melibatkan individu pulang dari Sabah dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI),” katanya pada sidang media hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 103 kes disahkan sembuh hari ini dan dibenarkan keluar hospital.

Sebelum ini, kes tertinggi dicatatkan sebanyak 225 kes pada Ahad lalu.


Pengarang :