Azmizam Zaman Huri meninjau kerja penurapan jalan berlubang di Lebuhraya Pulau Indah pada 26 November 2020. Foto Facebook Azmizam Zaman Huri
ADNSELANGOR

Jalan rosak sepanjang Lebuhraya Pulau Indah dibaiki segera

SHAH ALAM, 27 NOV: Jalan rosak dan berlubang sepanjang Lebuhraya Pulau Indah susulan projek naik taraf akan dibaiki segera, kata wakil rakyat Pelabuhan Klang.

Azmizam Zaman Huri berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor bersetuju menampal semula jalan yang rosak dan berjanji kerap membuat rondaan bagi menjamin keselamatan pengguna.

“Bagi penyelesaian jangka panjang, kerja penurapan jalan dilakukan terutama di hadapan stesen minyak Shell yang dijangka bermula awal Disember ini bergantung kepada faktor cuaca,” tulisnya di Facebook.

Azmizam berkata pengguna yang terjejas boleh membuat tuntutan ganti rugi akibat kecuaian pihak kontraktor tidak membaiki kerosakan jalan dengan segera.

Jelasnya, tuntutan boleh dibuat di pejabat JKR di Taman Teluk Gedung Indah Pelabuhan Klang dengan melengkapkan maklumat yang diperlukan.

 


Pengarang :