Foto yang diambil pada 7 Oktober 2020 menunjukkan jarum suntik pada ilustrasi Covid-19 di Toulouse, barat daya Perancis. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Jangkitan baharu Covid-19 di Indonesia hampir 6,000 kes

JAKARTA, 27 NOV: Indonesia mencatatkan 5,828 kes baharu Covid-19, rekod tertinggi dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 522,581 kes.

Bagaimanapun sebanyak 437,456 pesakit yang disahkan positif virus itu, dinyatakan telah sembuh daripada jangkitan berkenaan.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 67,836 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 169 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini mencecah 16,521 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 132,961 dengan tambahan 1,436 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 4,314 orang.

– BERNAMA


Pengarang :