Keadaan kilang haram di Telok Gong, Pelabuhan Klang yang menjalankan operasi menghancur dan mencuci plastik terpakai. JAS Selangor dan MPK melakukan serbuan pada 11 November 2020. Foto Facebook Tuan Ibrahim Tuan Man
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

JAS, MPK gempur kilang haram sebabkan pencemaran

SHAH ALAM, 13 NOV: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) menggempur kilang haram di Telok Gong, Pelabuhan Klang kelmarin.

Menteri Alam Sekitar Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hasil siasatan mendapati sisa buangan kilang itu dibuang ke saliran sehingga menyebabkan pencemaran.

“Tahniah JAS Selangor! Operasi bersepadu dengan MPK telah menggempur kilang haram di Telok Gong.

“Kilang ini menjalankan aktiviti penghancuran dan cucian plastik terpakai. Air sisa dibuang ke alur air sehingga menyebabkan pencemaran,” katanya di Facebook hari ini.

Susulan itu, kilang berkenaan disita mengikut peruntukan Seksyen 38(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) berkuat kuasa 11 November.

Air sisa kilang haram di di Telok Gong, Pelabuhan Klang dibuang ke alur air. JAS Selangor dan MPK melakukan serbuan pada 11 November 2020. Foto Facebook Tuan Ibrahim Tuan Man

Pengarang :