EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Ir Izham Hashim turun padang ke lokasi kejadian banjir kilat di Kampung Pandan, pada 22 November 2020. Hadir sama Jurutera Daerah JKR Hulu Langat, Ir. Mohd Shahril Mohd Said. Foto: FB Izham Hashim
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

JKR, MPAJ diarah atasi masalah banjir di Kampung Pandan

SHAH ALAM, 23 NOV: Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diarah mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah banjir kilat di Kampung Pandan, baru-baru ini.

EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Ir Izham Hashim berkata hasil tinjauan mendapati longkang di kawasan kejadian banjir tidak dapat menampung jumlah air hujan yang banyak.

“Saya bersama Jurutera Daerah JKR Hulu Langat, Ir. Mohd Shahril Mohd Said dan wakil MPAJ turun ke Kampung Pandan melihat sendiri punca banjir yang berlaku di sini tempoh hari.

“Beberapa cadangan dikemukakan akan diperhalusi dari segi pelaksanaannya demi manfaat penduduk,” katanya di Facebook semalam.

Pada 15 November lalu hujan lebat menyebabkan banjir kilat di Kampung Pandan. Tiga rumah dinaiki air.


Pengarang :