Michelle Ng meneliti kualiti sebahagian daripada 100,000 keping pelitup muka kanak-kanak sumbangan Lions Clubs International pada 7 November 2020 di SS14, Subang Jaya yang akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan di Sabah. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Kelab Lions Subang Jaya sumbang 100,000 pelitup muka

SUBANG JAYA, 8 NOV: Kelab Lions Subang Jaya menyumbang 100,000 pelitup muka untuk kanak-kanak di Sabah bagi berdepan pandemik Covid-19.

Pengarahnya, Jimmy Yeap berkata pelitup muka perubatan tiga lapis untuk kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun itu akan diterbangkan minggu hadapan.

“Dengan kerjasama NGO (pertubuhan bukan kerajaan) di sana, sumbangan diserahkan melalui lawatan ke hospital, sekolah serta perkampungan.

“Kita faham kesukaran mendapatkan pelitup muka terutama di kawasan pendalaman jadi berharap inisiatif ini dapat membantu penduduk di sana,” katanya kepada pemberita semalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Subang Jaya menghargai usaha dilakukan kelab itu dan menganggap ia sebagai satu usaha harmoni.

“Sumbangan ini dapat mengurangkan jangkitan dalam kalangan kanak-kanak. Saiz pelitup muka sesuai dapat melindungi mereka,” kata Michelle Ng.


Pengarang :