Keadaan lori muatan minyak sawit yang terlibat kemalangan di KM276.1 PLUS arah utara pada pukul 7.40 pagi, 6 November 2020. Foto Facebook Luas
AGENSISELANGOR

Kemalangan lori minyak sawit: Luas bertindak segera elak henti tugas LRA

SHAH ALAM,6 NOV: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera susulan berlaku kemalangan melibatkan lori membawa minyak sawit di KM276.1 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) pagi tadi.

Agensi berkata insiden itu mungkin menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Labu dan Salak Tinggi dihenti tugas susulan tumpahan minyak dikesan memasuki longkang lebuh raya.

“Maklumat awal diperolehi menunjukkan bahan cemar akan memasuki Sungai Jerangkang seterusnya ke Sungai Batang Labu.

“Jarak pencemaran ke LRA Sungai Labu dalam anggaran 10.7 kilometer (KM) manakala ke LRA Salak Tinggi sejauh 15.68 KM,” katanya menerusi Facebook pagi ini.


Pengarang :