Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari mendengar penerangan dari Exco Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud sempena pelancaran 16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berdasarkan Gender di Foyer SUK, Shah Alam pada 25 November 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Kempen 16 hari aktivisme: Pertandingan video di Tiktok, peluang menang RM5,000

SHAH ALAM, 26 NOV: Pertandingan video kempen melalui aplikasi TikTok dan e-poster di Instagram antara aktiviti yang dianjur bagi menyemarakkan kempen 16 hari aktivisme menangani keganasan berasaskan gender negeri ini.

EXCO pembangunan wanita Dr Siti Mariah Mahmud berkata pertandingan bermula semalam menawarkan hadiah berjumlah RM5,000 untuk dimenangi semua peminat industri kreatif.

Menurut Dr Siti Mariah video dan e-poster kempen turut ditayangkan di media sosial bagi memberi kesedaran kepada orang ramai berhubung isu keganasan.

“Kita juga mengadakan mesyuarat jawatankuasa penyelarasan menangani keganasan rumah tangga di Selangor dan sesi webinar bagi mengupas isu berkenaan bersama badan bukan kerajaan (NGO).

Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar sambil memegang kad ‘Hentikan Keganasan, Hormat Wanita’ ketika pelancaran 16 Hari Aktivisme Melawan Keganasan Berdasarkan Gender di Foyer SUK, Shah Alam pada 25 November 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Selain itu, edaran sebanyak 20,000 pelitup muka oren dan bekas pelitup muka yang disertakan pelekat maklumat nombor kecemasan untuk dihubungi melalui pusat wanita berdaya (PWB) Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran kempen tersebut yang disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

Dr Siti Mariah berkata kesemua program digerakkan dengan pemegang taruh sebagai menyokong usaha menentang diskriminasi terhadap wanita.

Sambutan Hari Antarabangsa Hentikan Keganasan Terhadap Wanita disambut di negara ini dan masyarakat dunia pada 25 November setiap tahun.

Kempen tahun ini mengangkat tema Orange The World: Fund, Prevent, Respon and Collect sebagai langkah yang perlu diambil oleh kerajaan dan masyarakat menangani isu keganasan.


Pengarang :