Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari meninjau ke tapak Projek Landskap DUN Sungai Tua dan Gimik Batu Asas Mercu Tanda Kampung Sungai Tua Baharu di Medan Selera Sri Selayang pada 28 November 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Kerajaan Negeri cadang luaskan pemberian lesen niaga

GOMBAK, 29 NOV: Kerajaan Negeri bercadang meluaskan pemberian lesen perniagaan kepada rakyat yang terjejas akibat Covid-19 pada tahun depan.

Dato’ Menteri Besar berkata usaha menggalakkan masyarakat menceburi perniagaan secara dalam talian juga dilaksanakan bagi menjana pendapatan isi rumah.

“Kita menyediakan insiatif Data Internet Selangor bagi memudahkan rakyat berniaga dalam talian, ini hasrat kita untuk membantu ubah nasib rakyat.

“Belanjawan Selangor 2021 banyak memfokus usaha untuk mendepani cabaran memulihkan ekonomi yang terjejas susulan penularan wabak,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari pada Program Serahan Bantuan Kemasyarakatan DUN Sungai Tua semalam.

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga merangka program bagi meningkatkan tahap kemahiran, latihan semula atau mempelajari kemahiran baharu bagi menyokong keupayaan sedia ada.

“Sekiranya hilang pekerjaan, kita kena bangkit mempelajari kemahiran baharu dan boleh cuba bekerja sektor lain atau cuba berniaga,” katanya.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata sektor perumahan antara perkara utama tahun depan, terutamanya menyediakan Rumah Idaman dan Rumah SelangorKu Harapan.


Pengarang :