Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 25 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 kekal empat digit, tiga kematian

SHAH ALAM, 29 NOV: Jangkitan baharu Covid-19 kekal empat digit lagi hari ini iaitu 1,309 kes menjadikan jumlah keseluruhan 64,485, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 11,481 kes.

“Daripada jumlah kes baharu, hanya satu sahaja mendapat jangkitan daripada luar negara manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

“Sehingga kini, terdapat 116 kes positif Covid-19 yang sedang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 42 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiga kes kematian dicatatkan melibatkan dua lelaki di Perak dan Negeri Sembilan, sementara seorang wanita bukan warganegara di Sabah.

Dr Noor Hisham berkata kes sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini juga meningkat berbanding semalam iaitu 1,333 kes.

 


Pengarang :