Sebahagian pekerja wanita Top Glove beratur sebelum dibawa keluar oleh petugas kesihatan berikutan penularan Covid-19 di Asrama Pekerja Top Glove Meru Klang pada 25 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes baharu Covid-19 turun kepada tiga angka, pesakit pulih 2,348

SHAH ALAM, 25 NOV: Kes baharu Covid-19 merekodkan penurunan kepada tiga angka hari ini apabila mencatatkan 970 kes menjadikan jumlah keseluruhan 59,817 kes.

Semalam, negara merekodkan kes Covid-19 tertinggi iaitu 2,128 kes melepasi angka 2,000 buat pertama kali.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 2,348 pesakit Covid-19 sembuh iaitu jumlah tertinggi setakat ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih wabak itu 46,501.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 12,971 kes.

“Seramai empat kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 345,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19.

Beliau berkata terdapat 110 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 47 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :