Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 3 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes Covid-19 kekal empat digit tiga hari berturut, enam kematian

SHAH ALAM, 5 NOV: Kes positif Covid-19 kekal empat angka untuk tiga hari berturut apabila mencatatkan 1,009 kes baharu hari ini berbanding 1,032 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 36,434.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah pesakit sembuh dan dibenarkan keluar wad seramai 839 menjadikan jumlah keseluruhan sembuh pandemik itu 25,654.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 10,503 kes aktif direkodkan setakat ini.

Beliau berkata sebanyak enam kematian disebabkan Covid-19 iaitu seramai lima di Sabah dan satu di Selangor menjadikan jumlah keseluruhan korban wabak itu 277.

“Terdapat 78 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 28 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19.

Beliau berkata Sabah mencatatkan kes tertinggi iaitu 564 kes (55.9 peratus) daripada keseluruhan kes positif manakala negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 198 kes (19.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan mencatatkan 95 kes positif (9.4 peratus).

 

 


Pengarang :