Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 23 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes Covid-19 melonjak lepasi angka 2,000, tertinggi direkodkan

SHAH ALAM, 24 NOV: Kes baharu Covid-19 melonjak kepada 2,188 hari ini iaitu tertinggi pernah direkodkan di negara ini berbanding 1,884 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 58,847.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 1,673 pesakit sembuh daripada Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan pulih daripada wabak itu adalah 44,153.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 14,353 kes.

“Seramai empat kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 341,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat 112 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 49 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor masih lagi mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 1,623 kes diikuti Sabah sebanyak 232 kes dan Perak sebanyak 112 kes,” katanya.


Pengarang :