Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 27 November 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes pulih Covid-19 lebih 2,000, tiga kematian

SHAH ALAM, 30 NOV: Kes pulih Covid-19 meningkat hari ini kepada 2,112 orang menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 54,759, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu wabak pula lebih rendah berbanding kes sembuh iaitu 1,212 kes dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 402 kes.

“Daripada jumlah kes baharu terdapat sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara
manakala 1,203 kes merupakan penularan tempatan.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 10,578 selain tiga kematian masing-masing satu di Kedah, Labuan dan Sabah yang kesemuanya lelaki warganegara,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah terdapat 113 kes positif yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

 


Pengarang :