ADN Rawang Chua Wei Kiat (depan) bersama MPS, JPS dan Pejabat Tanah turun ke Taman Garing Jaya pada 27 November 2020 untuk mencari punca banjir kilat yang secara kerap di situ. Foto Facebook Chua Wei Kiat
ADNSELANGOR

Kilang punca banjir kilat di Rawang diminta mohon lesen

SHAH ALAM, 27 NOV: Pemilik kilang yang menjadi punca banjir kilat sering berlaku di Taman Garing Jaya, Rawang diminta memohon lesen sebelum tindakan perobohan dijalankan.

Ahli Dewan Negeri Chua Wei Kiat berkata hasil siasatan mendapati premis tersebut mengubah aliran sungai tanpa kebenaran sehingga menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan.

“Kita dapati mereka gagal mengemukakan lesen. Namun, kita beri tempoh seminggu untuk mereka memohon lesen dan betulkan kembali aliran sungai tersebut.

“Sekiranya gagal tindakan akan diambil dan kita juga tidak akan berkompromi dengan kilang yang menjadi punca pencemaran atau banjir ini,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Wei Kiat bersama Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pejabat Tanah turun ke Taman Garing Jaya untuk mencari punca banjir yang kerap berlaku di taman tersebut.

Katanya, beliau mendapati sebuah kilang tanpa lesen mengubah aliran sungai tanpa kebenaran yang menyebabkan laluan air tidak lancar ketika hujan.

Bagaimanapaun, kompaun dikenakan dan JPS serta Pejabat Tanah meneruskan siasatan supaya tindakan tegas dapat diambil bagi menyelesai masalah itu.


Pengarang :